Saturday, February 5, 2011

Salah malam jumaatkah?

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu
“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka
” Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu”
” Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran” balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?
“BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM”
” Bang anak? Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat

” SODAQALLAHULAZEEM “
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat……

Friday, February 4, 2011

HIDUP = LIFE

Hidup banyak dugaan.
Tanpa dugaan, kehidupan tiada erti.
Erti itu mengajar kita, makna kedewasaan.
Kedewasaan mematangkan manusia.
Matang membuatkan kita bertanggungjawab.
Tanggungjawab mengajar kita erti kasih sayang.
Kasih sayang membahagiakan setiap perasaan manusia.
Perasaan itulah yang membezakan nilai dan budi setiap individu.

A.Pow....
1.04 am
4 Feb 2011

Chill la geng!!


SILA KAN MEMBACA DENGAN TENANG:
Hari ni abg power nak citer tentang kawan baik abg power ni....kesian kat dier..kawan A.Pow(abang power) ni baru sahaja berpisah dengan bekas kekasih dier. so, kasihan pada kawan A.Pow ni. ye la kan,sape x syg bf or gf sdiri. so, nak di jadikan cerita kawan A.Pow ni mmg lah syg kan kat bekas kekasih dier. tp, bekas kekasih dier ni dulu punya skandal. so, kawan A.Pow pon x sanggup lg hidup dalam keadaan jiwa dan batin nya tersiksa. dah banyak kali juga dia bg peluang kat bekas kekasih dia ni.tp, tetap x berubah. nak buat mcm mana. org x tahu menghargai perasaan orang lain. x baik mcm tu kan?  ini bukan nak menyindir atau nak mengata sesiapa tau...ini hanya lah sebagai pedoman kepada semua..

:::jika kita syg kekasih kita,jgn lah kita menykiti dier, masing2 haruslah bertolak ansur.barulah bahagia pasangan itu. jgn lah dah berpecah belah, punah ranah, baru nak berpujuk rayu bagai. kepada yg masih muda, keluarga diutamakan, bukan bf/gf. jadilah org yg matang dn bertanggungjawab.

kpd kawan A.Pow: jgn sedih2 lg k. jodoh tu ketentuan Ilahi..berilah peluang kepada diri sdiri mencari ruang untuk happy bersama family..dekatkan diri kepada yg Maha Memberi. buka ruang untuk diri sendiri menyayangi org lain.baru lah happy.x gitu kan? senyum selalu k..;)

Thursday, February 3, 2011

Nak Muntah!!!!

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
"Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”
ahaha...sian dier..

Assalamualaikum.....n hello

ok2.
terima kasih kepada semua,ini adalah entry yg pertama setelah sekian lama x berbloging...;)
masih igt kisah bunga?kisah lawak tentang motor?tentang roomate psycho?hahaha
semoga semua yg membaca dapat dekat dgn abg power...

sebenarnye nama abg power ni di ilhamkan oleh rakan sebilik abg ketika di semester 4 tahun pertama dalam pengajian ijazah ni.....so,x perlu cerita lebih lanjut,,,semoga terhibur dgn entry2 abg power yer..