Thursday, October 13, 2011

Serba sedikit pasal blog toyukong.

Alkisah.....
 Sebenarnya blog ini telah direset beberapa kali atas sebab2 tertentu.
 Kalau nak diikutkan memang dah banyak kali jugak tukar nama or link blog toyu ni.

Berikut adalah list nama2 blog toyu kong yang terdahulu:
 mz89.blogspot.com playbacklater.blogspot.com
abgpower.blogspot.com
abg-power.blogspot.com
 Dan yang paling latest is
toyukong.blogspot.com

 Sebab2 tukar nama kepada yang sekarang ini adalah kerana:
-lagi familiar dengan nama toyu,so kawan2 semua tahu
-senang nak digoogle nanti.
-lebih senang dengan panggilan toyu agaknya.
-LBNL suka hati saya lah.huhu
 For every blog that ive made have its own story,
 Each of them keeps a unique memory of myself.
When the damage is gone, i feel free to let go freely, There is no point to keep the damage for so long.
 For those who have read the fun stories, the saddest time of mine, the weird stuff, fun or any kind if things i shared, tq very much.
 I will try to make this blog as a place for all of you to look for smile,cheers,fun and enjoy.
Tq so much for the support to my bestie!!tq geng!!
Salam,
Yang Ikhlas...
Toyu@abgpower@ayam@muhammad

Wednesday, October 12, 2011

Jom main jentik-jentik...hahah!!LOL



pada zaman dahulu terdapat seorang raja bernama sedin.sedin adw membela seekor gajah bernama kiok....pada satu hari sedin telah mengadakan satu pertandingan...habuannya ialah separuh kekeyaan raja tersebut.sedin telah mencabar seluruh rakyat agar membuat gajah itu melompat.semua rakyatnya telah mencuba tapi tiada satu pun yang berjaya...datang seorang pemuda untuk menyahut cabaran tersebut.pemuda tersebut terus ke gajah tersebut dan membuat gajah itu melompat...raja itu terkejut lalu menanya bagaimanakah pemuda tersebut melakukannya.pemuda itu telah menjentik telur gajah tersebut.....raja itu pun terus memeberi habuan seperti yang dijanjikan kepada pemuda tersebut..........
..............TAMAT..............

Layan...mood-Hanya ingin kau tahu

ok2..
Ini adalah serba sedikit tentang diri saya..
kalau saya dengar lagu, saya suka dgr satu lagu itu berulang-ulang kali,
sampailah bosan..Tak ada lah pelik sangat cuma, orang sekeliling agak bengang dan bosan dengan perangai ni.haha...Sila layan..;)

Friday, May 20, 2011

Cuti-Kisah Jam Budak Punk

PUNK PUNK PUNK ! ! !

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

Abang Power: ahahha.Kenapalah ada juga orang yang seperti ini. Nasib baik jarang sekali kita dapat jumpa benda2 macam ini...sila layan ..hahaha

Yang Lucu
ABANG POWER.....

Cuti-Bosannya Tanpa Kerja...


 

Macam ini agaknya muka kita bila bosan sangat..huhu
  Cuti ini Abang Power tak dapat kerja, sebabnya kena jaga atuk. So, masa nak main DOTA pun terhad. Tapi jangan risau, Abang Power ada banyak masa untuk update blog Abang Power ini. Jadi macam mana, apa pandangan anda semua mengenai blog Abang Power. Sekiranya ada isu-isu menarik yang anda semua ingin Abang Power bincangkan bersama, silalah tinggalkan mesej atau komen anda di ruang komen atau cbox .
  Abang Power bercadang cuti ini nak kerja di Shah Alam bersama rakan2 Abang Power. Tapi hajat tak kesampaian. Nak buat macam mana, kata orang "Family Comes 1st". Itulah yang jadi pegangan hidup Abang Power. Harap anda semua juga akan berpegang kepada kata2 ini. Bukan mudah nak buat keputusan antara kepuasan hidup dan keberkatan Ilahi dan ibu bapa kita.
  
 Semoga ibu bapa anda semua serta keluarga sentiasa berada dalam keadaan yang sihat sentiasa dan hidup sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Yang Maha Pencipta.Allah S.W.T.

Yang Ikhlas
ABANG POWER~

Thursday, May 19, 2011

Cuti-Upgraded Laptop

TOSHIBA laptop with flat screen monitor..

  Sebenarnya ini sahaja yang Abang Power nak tunjukkan. Hari ni baru kemas bilik komputer ini. So, bila dah dapat "port" baik nak letak monitor ni, barulah bersemangat nak main dota ke, nak buat kerja ke, ahahaha..
So,DOTA LAI~..hahahaha


Yang Bersemangat!
Abang Power

Cuti-Dota..

Salam...

DEFEND OF THE ANCIENT


   Hari ini Abang Power nak cerita sikit tentang game yang paling buat Abang Power melekat dekat depan komputer. Game ini dinamakan Defend Of The Ancient atau lebih dikenali dengan panggilan DOTA. Bagi Abang Power game ini sangat menarik dan memerlukan banyak skill atau kemahiran untuk menjadi mahir dalam permainan ini. Abang power suka game ini juga kerana, kita boleh berjumpa dengan pelbagai jenis orang sekiranya bermain di laman siber atau Online Gaming.
   Yang menjadi penariknya lagi adalah setiap kali bermain permainan yang baru, mesti kita akan pelajari benda baru. So, di sini otak kita akan sentiasa berkembang.
  Memang ramai yang berputus asa pada awal mempelajari game ini. Abang Power juga mula2 putus asa nak belajar. Tapi dengan sokongan rakan2 Abang Power, akhirnya pandai jugak main. walaupun tidaklah pro atau pun handal, sekurang-kurangnya ia sudah mampu membuatkan Abang Power ketagih dengan game ini..

GARENA MESSENGER

  Ini adalah tempat atau applikasi / program yang membantu Abang Power main game ini online. Garena messenger boleh jadi tempat kita chatting, cari game, cari room nak main game ni dsb. Bagi Abang Power program ini sangat bagus dan membantu dalam banyak aspek.
  Kepada sesiapa yang ingin download program ini, boley klik di sini.
http://www.giveawayoftheday.com/garena+messenger+download/

Tuesday, May 17, 2011

Cuti-Tough n Not Good














Sorry if you all cant read this...
This is the end and this is also a beginning...
Everything is ok..
no one get hurts...
People do mistakes, and people need chances...

those words give me somekind of courage.thanx Annur Razali..
I will never regret...

THIS WHAT SHE SAID:
1. Soon, he disappeared out of my life again. I expected it. We chose this path. It had been a tough journey to get us here. We could not afford to turn back anymore. We could just go on and see where we could go.

Yet we were beautiful.

He is the most amazing guy I ever met in my entire lifetime. No matter what happens in future, I know he will always have a special place in my heart. All I wish is the best for him and that he can find happiness in his life. For me, I am truly grateful for his existence in my life, and knowing that is bliss. I am thankful for everything he taught me, to have ever experienced love, to have found him.
Annur Razali: i love it when she said, *yet we were beautiful*


2. *we were the ones who found the right person at the wrong time* 


3.No matter how hard it seemed, eventually he let me go. Yes he did. He left me, completely helpless. I died of love in his shadow. Broken. Incomplete. Empty. Yet we knew, this fateful day would arrive, someday. 


4. He was there for me, as he said he would always be. He told me he had so much to say, yet he could not.


5. put it this way, we can always be friend, we're good at that. you can always contact me whenever you need me, you can always meet me whenever you want to. aku balik segamat maybe 29-30. kleas aku maybe isnin, selasa, rabu, hari lain aku free.


THANX ANNUR....




YANG IKHLAS~
ABANG POWER...

Lucu...

Cuba anda semua baca kisah di bawah ini..selamat membaca..semoga sentiasa terukir senyum di bibir.

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah
hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu , dia bertanya kepada penjaga
bilik berkenaan. 

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding , apabila
tiba2 diserang strok.  Lelaki kedua pula khabarnya
menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg  ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil
gambarnya... 


p/s: Cerita ini macam tak masuk akal langsung. Tapi cuba bayangkan kalau situasi ini benar2 berlaku. Tak ke macam ramai yang akan kena strok mengejut. haha..

Yang Ikhlas~
Abang Power....

Cuti-Oh Wesak Day!! (17/5/2011)

Happy Wesak Day!!!

Pagi terlajak tidur sampai jam 10.30 pagi.
Bangun2, kene pergi pasar. 
Senarai barang:
1.       Santan 3 biji.
2.       Keropok lekor (mentah).
3.       Ikan senangin.
4.       Salad.
5.       Timun.
So, selepas dah siap senarai barang nak beli ni, berangkatlah Abg Power ke pasar.
Sampai je dekat pasar, terkejut giler bila tengok, ada 2 buah kedai santan je yang buka. Yang lain tutup. Kedai sayur, kedai ikan, ayam dsb. Semua tutup.haish....
So, oleh kerana di santan itu ada jual keropok lekor yang Mak suka. Maka, hanya santan dan keropok lekor sahaja lah yang Abg Power beli. Punca kenapa banyak kedai tutup hari ini:
1.       Hari Wesak.
2.       Setiap hari Selasa pihak bertanggungjawab di Pasar Tampin N.Sembilan akan mengadakan kerja membersihkan pasar. Oleh sebab itu, memang banyak kedai tutup supaya tidak mengganggu proses pembersihan.
3.     Hari Selasa adalah memang hari rehat para peniaga Pasar Tampin.
Nasib baik dekat rumah ada ikan tenggiri yang Mak simpan dalam peti ais. So, menu hari ini ialah:

1.      Gulai lemak cili api ikan tenggiri.
2.      Ulam-ulaman.
Selesai masak, adik Abang Power pun, siap2 masuk dalam bekas untuk dihantar ke rumah Atok. Selepas itu, Abang Power pun pergilah ke rumah Atok. Di rumah Atok, Abang Power:
1.       Siapkan tempat makan.
2.       Makan bersama Atok.
3.       Lipat pakaian Atok.
4.       Bersihkan rumah Atok.

Selesai semua yang di atas,  pergi shopping pulak dengan mak. Shopping pun tak shopping sangat lah kan. Sebab, beli barang2 untuk adik Abang Power masuk UiTM je.hahaha. Sekarang jam 17.11. abang Power nak pergi rumah Atok semula.tata...

Yang Ikhlas~
ABANG POWER.