Thursday, October 13, 2011

Serba sedikit pasal blog toyukong.

Alkisah.....
 Sebenarnya blog ini telah direset beberapa kali atas sebab2 tertentu.
 Kalau nak diikutkan memang dah banyak kali jugak tukar nama or link blog toyu ni.

Berikut adalah list nama2 blog toyu kong yang terdahulu:
 mz89.blogspot.com playbacklater.blogspot.com
abgpower.blogspot.com
abg-power.blogspot.com
 Dan yang paling latest is
toyukong.blogspot.com

 Sebab2 tukar nama kepada yang sekarang ini adalah kerana:
-lagi familiar dengan nama toyu,so kawan2 semua tahu
-senang nak digoogle nanti.
-lebih senang dengan panggilan toyu agaknya.
-LBNL suka hati saya lah.huhu
 For every blog that ive made have its own story,
 Each of them keeps a unique memory of myself.
When the damage is gone, i feel free to let go freely, There is no point to keep the damage for so long.
 For those who have read the fun stories, the saddest time of mine, the weird stuff, fun or any kind if things i shared, tq very much.
 I will try to make this blog as a place for all of you to look for smile,cheers,fun and enjoy.
Tq so much for the support to my bestie!!tq geng!!
Salam,
Yang Ikhlas...
Toyu@abgpower@ayam@muhammad

Wednesday, October 12, 2011

Jom main jentik-jentik...hahah!!LOL



pada zaman dahulu terdapat seorang raja bernama sedin.sedin adw membela seekor gajah bernama kiok....pada satu hari sedin telah mengadakan satu pertandingan...habuannya ialah separuh kekeyaan raja tersebut.sedin telah mencabar seluruh rakyat agar membuat gajah itu melompat.semua rakyatnya telah mencuba tapi tiada satu pun yang berjaya...datang seorang pemuda untuk menyahut cabaran tersebut.pemuda tersebut terus ke gajah tersebut dan membuat gajah itu melompat...raja itu terkejut lalu menanya bagaimanakah pemuda tersebut melakukannya.pemuda itu telah menjentik telur gajah tersebut.....raja itu pun terus memeberi habuan seperti yang dijanjikan kepada pemuda tersebut..........
..............TAMAT..............

Layan...mood-Hanya ingin kau tahu

ok2..
Ini adalah serba sedikit tentang diri saya..
kalau saya dengar lagu, saya suka dgr satu lagu itu berulang-ulang kali,
sampailah bosan..Tak ada lah pelik sangat cuma, orang sekeliling agak bengang dan bosan dengan perangai ni.haha...Sila layan..;)

Friday, May 20, 2011

Cuti-Kisah Jam Budak Punk

PUNK PUNK PUNK ! ! !

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

Abang Power: ahahha.Kenapalah ada juga orang yang seperti ini. Nasib baik jarang sekali kita dapat jumpa benda2 macam ini...sila layan ..hahaha

Yang Lucu
ABANG POWER.....

Cuti-Bosannya Tanpa Kerja...


 

Macam ini agaknya muka kita bila bosan sangat..huhu
  Cuti ini Abang Power tak dapat kerja, sebabnya kena jaga atuk. So, masa nak main DOTA pun terhad. Tapi jangan risau, Abang Power ada banyak masa untuk update blog Abang Power ini. Jadi macam mana, apa pandangan anda semua mengenai blog Abang Power. Sekiranya ada isu-isu menarik yang anda semua ingin Abang Power bincangkan bersama, silalah tinggalkan mesej atau komen anda di ruang komen atau cbox .
  Abang Power bercadang cuti ini nak kerja di Shah Alam bersama rakan2 Abang Power. Tapi hajat tak kesampaian. Nak buat macam mana, kata orang "Family Comes 1st". Itulah yang jadi pegangan hidup Abang Power. Harap anda semua juga akan berpegang kepada kata2 ini. Bukan mudah nak buat keputusan antara kepuasan hidup dan keberkatan Ilahi dan ibu bapa kita.
  
 Semoga ibu bapa anda semua serta keluarga sentiasa berada dalam keadaan yang sihat sentiasa dan hidup sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Yang Maha Pencipta.Allah S.W.T.

Yang Ikhlas
ABANG POWER~

Thursday, May 19, 2011

Cuti-Upgraded Laptop

TOSHIBA laptop with flat screen monitor..

  Sebenarnya ini sahaja yang Abang Power nak tunjukkan. Hari ni baru kemas bilik komputer ini. So, bila dah dapat "port" baik nak letak monitor ni, barulah bersemangat nak main dota ke, nak buat kerja ke, ahahaha..
So,DOTA LAI~..hahahaha


Yang Bersemangat!
Abang Power

Cuti-Dota..

Salam...

DEFEND OF THE ANCIENT


   Hari ini Abang Power nak cerita sikit tentang game yang paling buat Abang Power melekat dekat depan komputer. Game ini dinamakan Defend Of The Ancient atau lebih dikenali dengan panggilan DOTA. Bagi Abang Power game ini sangat menarik dan memerlukan banyak skill atau kemahiran untuk menjadi mahir dalam permainan ini. Abang power suka game ini juga kerana, kita boleh berjumpa dengan pelbagai jenis orang sekiranya bermain di laman siber atau Online Gaming.
   Yang menjadi penariknya lagi adalah setiap kali bermain permainan yang baru, mesti kita akan pelajari benda baru. So, di sini otak kita akan sentiasa berkembang.
  Memang ramai yang berputus asa pada awal mempelajari game ini. Abang Power juga mula2 putus asa nak belajar. Tapi dengan sokongan rakan2 Abang Power, akhirnya pandai jugak main. walaupun tidaklah pro atau pun handal, sekurang-kurangnya ia sudah mampu membuatkan Abang Power ketagih dengan game ini..

GARENA MESSENGER

  Ini adalah tempat atau applikasi / program yang membantu Abang Power main game ini online. Garena messenger boleh jadi tempat kita chatting, cari game, cari room nak main game ni dsb. Bagi Abang Power program ini sangat bagus dan membantu dalam banyak aspek.
  Kepada sesiapa yang ingin download program ini, boley klik di sini.
http://www.giveawayoftheday.com/garena+messenger+download/

Tuesday, May 17, 2011

Cuti-Tough n Not Good














Sorry if you all cant read this...
This is the end and this is also a beginning...
Everything is ok..
no one get hurts...
People do mistakes, and people need chances...

those words give me somekind of courage.thanx Annur Razali..
I will never regret...

THIS WHAT SHE SAID:
1. Soon, he disappeared out of my life again. I expected it. We chose this path. It had been a tough journey to get us here. We could not afford to turn back anymore. We could just go on and see where we could go.

Yet we were beautiful.

He is the most amazing guy I ever met in my entire lifetime. No matter what happens in future, I know he will always have a special place in my heart. All I wish is the best for him and that he can find happiness in his life. For me, I am truly grateful for his existence in my life, and knowing that is bliss. I am thankful for everything he taught me, to have ever experienced love, to have found him.
Annur Razali: i love it when she said, *yet we were beautiful*


2. *we were the ones who found the right person at the wrong time* 


3.No matter how hard it seemed, eventually he let me go. Yes he did. He left me, completely helpless. I died of love in his shadow. Broken. Incomplete. Empty. Yet we knew, this fateful day would arrive, someday. 


4. He was there for me, as he said he would always be. He told me he had so much to say, yet he could not.


5. put it this way, we can always be friend, we're good at that. you can always contact me whenever you need me, you can always meet me whenever you want to. aku balik segamat maybe 29-30. kleas aku maybe isnin, selasa, rabu, hari lain aku free.


THANX ANNUR....




YANG IKHLAS~
ABANG POWER...

Lucu...

Cuba anda semua baca kisah di bawah ini..selamat membaca..semoga sentiasa terukir senyum di bibir.

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah
hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu , dia bertanya kepada penjaga
bilik berkenaan. 

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding , apabila
tiba2 diserang strok.  Lelaki kedua pula khabarnya
menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg  ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil
gambarnya... 


p/s: Cerita ini macam tak masuk akal langsung. Tapi cuba bayangkan kalau situasi ini benar2 berlaku. Tak ke macam ramai yang akan kena strok mengejut. haha..

Yang Ikhlas~
Abang Power....

Cuti-Oh Wesak Day!! (17/5/2011)

Happy Wesak Day!!!

Pagi terlajak tidur sampai jam 10.30 pagi.
Bangun2, kene pergi pasar. 
Senarai barang:
1.       Santan 3 biji.
2.       Keropok lekor (mentah).
3.       Ikan senangin.
4.       Salad.
5.       Timun.
So, selepas dah siap senarai barang nak beli ni, berangkatlah Abg Power ke pasar.
Sampai je dekat pasar, terkejut giler bila tengok, ada 2 buah kedai santan je yang buka. Yang lain tutup. Kedai sayur, kedai ikan, ayam dsb. Semua tutup.haish....
So, oleh kerana di santan itu ada jual keropok lekor yang Mak suka. Maka, hanya santan dan keropok lekor sahaja lah yang Abg Power beli. Punca kenapa banyak kedai tutup hari ini:
1.       Hari Wesak.
2.       Setiap hari Selasa pihak bertanggungjawab di Pasar Tampin N.Sembilan akan mengadakan kerja membersihkan pasar. Oleh sebab itu, memang banyak kedai tutup supaya tidak mengganggu proses pembersihan.
3.     Hari Selasa adalah memang hari rehat para peniaga Pasar Tampin.
Nasib baik dekat rumah ada ikan tenggiri yang Mak simpan dalam peti ais. So, menu hari ini ialah:

1.      Gulai lemak cili api ikan tenggiri.
2.      Ulam-ulaman.
Selesai masak, adik Abang Power pun, siap2 masuk dalam bekas untuk dihantar ke rumah Atok. Selepas itu, Abang Power pun pergilah ke rumah Atok. Di rumah Atok, Abang Power:
1.       Siapkan tempat makan.
2.       Makan bersama Atok.
3.       Lipat pakaian Atok.
4.       Bersihkan rumah Atok.

Selesai semua yang di atas,  pergi shopping pulak dengan mak. Shopping pun tak shopping sangat lah kan. Sebab, beli barang2 untuk adik Abang Power masuk UiTM je.hahaha. Sekarang jam 17.11. abang Power nak pergi rumah Atok semula.tata...

Yang Ikhlas~
ABANG POWER.

Cuti-Kreatif

Ok.hari ini abang power nak share sikit pasal game yang selalu ada dalam apps smart phone. Iaitu ANGRY BIRDS.

Game ini sangat mudah.
Hanya kena pandai bajet atau "aim".
Motif game ini adalah untuk menghapuskan musuh ANGRY BIRD (babi2 yang berwarna hijau).
Cara bermain:
1. Permainan ini memerlukan seorang pemain menggunakan cursor untuk menarik lastik. Pembedilnya adalah burung-burung atau ANGRY BIRD itu sendiri.
2. Sasarkan kepada musuh.
3. Lepaskan. sekiranya semua musuh2 ANGRY BIRD sudah hilang, maka pemain akan menyempurnakan salah satu peringkat dalam permainan ini.
4. Kemudian pemain akan bermain do peringkat seterusnya.
-Permainan ini sangat menarik kerana, terdapat pelbagai jenis ANGRY BIRD seperti:
Boomerang, Fire, Split, dsb.
- Manakala bagi musuh ANGRY BIRD pula, tahap pertahanan mereka semakin tinggi mengikut peringkat permainan yang dimainkan oleh pemain.
- Setiap permasalahan pasti ada penyelesaian.
Game ini mampu menghilangkan stress dan membuatkan anda ketagih untuk bermain dengannya.hahaha..
apa kata anda?mari main game ini.pasti lucu.huhu..Selamat mencuba...;)

Di bawah ini ada hasil kerja multimedia dari Pomplamoose.saksikan...harap terhibur.huhu

ANGRY BIRDS theme!!! covered by Pomplamoose
 

Sekarang ramai yang berbakat dalam bidang hiburan, video making, singing, acting dan sebagainya.
Cuba tengok video ini. Sangat best dan layan. huhu..
Kalau agak2 kepala tengah serabut tu, cuba tengok video ni..mungkin boleh buat kepala ringan sikit..

LAYAN~


Yang Syok..
ABANG POWER

Cuti-Mengubat hati yang duka(kisah lucu)



Kisah 1: Akhirnya,aku boleh membaca.

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa ,
dia bertanya: " Doktor , lepas pakai cermin mata nanti , boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu , " jawab doktor. "Oh ,
gembiranya. Dah lama saya buta huruf , akhirnya boleh juga saya
membaca , " kata lelaki itu dengan riang.



kisah 2: janganlah menangis....


Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah
klinik , Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia
segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah
dijalankan , mereka telah melukai jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin , Shan menangis.)
Amin : Eh , kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing... 





huhu...;)

Cuti-16 mei 2011 (Futsal)

Penat futsal..
kaki lenguh sangat lepas main futsal ni.
best betol kalau ada yang urut kaki ni sekarang.

Tadi main futsal dengan Asri,Jabar, Syafiq Jaafar, Hakim Jaafar Ah Cai, JIran abg power, 2 orang kawan Asri dan Bob.
Sangat penat main tadi,
tapi semuanya best walaupun kalah.
ternyata kami semakin kehilangan stamina.haha
kiranya kalah tadi dalam 15-10 jugak lah.hahaha
so, sekarang dah penat, letih, nak mandi dulu kemudian tido..

Terima Kasih kawan2 Abg Power.

Yang Ikhlas~
Abang Power. ; )

Monday, May 16, 2011

Cuti-16 mei 2011 (Kena Marah Jer)

 
Hari ini asyik kena marah jer.haish.zzzzzzz
Malam tadi lepak2 kat luar sampai pagi, jam 3.
Balik terus tidur. bangun jam 6 pagi sebab kene ikut abah pergi Pedas hantar barang. So, bangun lah. Bangun2 mak tanya,
mak : "ko balik jam berapa malam td?"
abg power : 3 pagi mak.
mak : kenapa lah kau balik pukul 3....hurm...
sedih plak time tu.xpe2.pastu dah sembahyang, terus ikut abah hantar barang.

dah hantar barang, balik....
sampai je dekat rumah, kena marah ngan atok.(sebab x tutup tingkap kereta semalam.)
nak dijadikan cerita, semalam kunci kereta atok tertinggal kat dalam kereta dan abg power terkunci pulak kereta kancil auto atuk tu. so, dah jadi satu hal. so, selepas berjaya membuka kereta, terus abg power pergi hantar cuci, bersihkan kereta tu. so, bagi mengelakkan kejadian sama berlaku, abg power pun, buka la tingkap seluas-luasnya.hahha..

selepas itu, pergi hantar Syakirah (Yah) adik abg power pergi buat medical check up. sebelum balik, telefon lah emak abg power, nak tanya nak beli apa makan tengah hari untuk atok,
dalam keadaan x berapa jelas mak cakap:
mak : beli lah ape2 lauk untuk atok.belikan nasi sekali. terus hantar rumah atok.
abg power: ok.
selepas itu, abg power pun pergi lah ke kedai makan cari lauk. tapi tidak ada yang membuka selera abang power,dan tiada lauk yang berkuah masa tu. *atok makan mesti nak ada kuah. so, tidak lah abg power beli. Di rumah masih ada laukkari malam tadi yang mak masak. So, cadangnya nak masak nasi, panaskan lauk kari tu, masuk dalam bekas dan hantar rumah atok. nanti dekat rumah atok baru buat air teh o untuk atok. baru lepas masak nasi, mak telefon tanya mana lauk dan nasi, sebab mak dah ada kat rumah atok, sebab mak terus ke rumah atok selepas pulang dari sekolah. Dah kena marah dalam telefon  pulak. tunggu nasi masak, pastu hantar, sampai sana mak marah lagi tanpa abg power beri apa2 penjelasan. senyap jer. pastu mak terus suruh pergi kedai cari lauk dan hantar ke rumah atok. abg power pon akur lah. tp, tak sempat pergi, mak suruh tunggu mak buang air, mak pergi sekali.
pastu adik abg power terangkan pada mak perkara sebenar.so, barulah lega..ahahaha.kalau tak, mak akan terus marah.huhu.
so, skang nga tunggu isyak.huhu.;) jom sembahyang....
salam Abg Power...

Cuti


Sekarang ni abg power sedang cuti 4 bulan. Oleh kerana Atok tinggal seorang di rumahnya, so x dapat lah abg power kerja masa cuti sem ni. Bekorban lah sikit.
Rutin harian Abg Power:

5.30 pagi: bangun pagi, mandi, sembahyang, kemas mana2 yang patut, siapkan makanan atok, buat air tea o untuk atok, siapkan bekal atok untuk balik rumah.

7.30 pagi: atok pergi ke kubur arwah, abah pergi kerja, mak pergi sekolah, azri pergi sekolah, Abg Power sambung kemas rumah.

9.30 pagi: pergi pasar (jika perlu.tapi buat masa ni banyak tolong Syakirah buat persiapan nak masuk UiTM), sidai baju, sapu sampah, siapkan dan bagi makan kat kucing dekat rumah atok.

12.30 tengah hari: Beli lauk, masak nasi, basuh pinggan, siapkan makan tengah hari untuk atok.

1.30 petang: pergi rumah atok hantar makanan untuk tengah hari, (di rumah atok, siapkan tempat makan, kemas sikit2, balik.

3.30 petang: tengok tv

4.30 petang: pergi rumah atok, mesti buat Teh Panas untuk atok,(guna cawan arwah wan) sebab atok suka pakai cawan tu. beli kuih sebelum tu, supaya ada minum petang. tunggu atok siapkan beg baju, ubat-ubatan, dsb. ambil semua barang2 atok untuk bawak balik.

6.00 petang: atok datang rumah,

7.30 malam: maghrib,

9.00 malam: selepas isyak, makan bersama atok.

selepas makan barulah ringan sikit kepala, sebab dah xde keje.xde ape lg nak fikir.lega..habis rutin hari ini. esok bakal menyusul perkara yang sama..zzzzzzzzzz

Saturday, February 5, 2011

Salah malam jumaatkah?

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu
“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka
” Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu”
” Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran” balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?
“BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM”
” Bang anak? Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat

” SODAQALLAHULAZEEM “
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat……

Friday, February 4, 2011

HIDUP = LIFE

Hidup banyak dugaan.
Tanpa dugaan, kehidupan tiada erti.
Erti itu mengajar kita, makna kedewasaan.
Kedewasaan mematangkan manusia.
Matang membuatkan kita bertanggungjawab.
Tanggungjawab mengajar kita erti kasih sayang.
Kasih sayang membahagiakan setiap perasaan manusia.
Perasaan itulah yang membezakan nilai dan budi setiap individu.

A.Pow....
1.04 am
4 Feb 2011

Chill la geng!!


SILA KAN MEMBACA DENGAN TENANG:
Hari ni abg power nak citer tentang kawan baik abg power ni....kesian kat dier..kawan A.Pow(abang power) ni baru sahaja berpisah dengan bekas kekasih dier. so, kasihan pada kawan A.Pow ni. ye la kan,sape x syg bf or gf sdiri. so, nak di jadikan cerita kawan A.Pow ni mmg lah syg kan kat bekas kekasih dier. tp, bekas kekasih dier ni dulu punya skandal. so, kawan A.Pow pon x sanggup lg hidup dalam keadaan jiwa dan batin nya tersiksa. dah banyak kali juga dia bg peluang kat bekas kekasih dia ni.tp, tetap x berubah. nak buat mcm mana. org x tahu menghargai perasaan orang lain. x baik mcm tu kan?  ini bukan nak menyindir atau nak mengata sesiapa tau...ini hanya lah sebagai pedoman kepada semua..

:::jika kita syg kekasih kita,jgn lah kita menykiti dier, masing2 haruslah bertolak ansur.barulah bahagia pasangan itu. jgn lah dah berpecah belah, punah ranah, baru nak berpujuk rayu bagai. kepada yg masih muda, keluarga diutamakan, bukan bf/gf. jadilah org yg matang dn bertanggungjawab.

kpd kawan A.Pow: jgn sedih2 lg k. jodoh tu ketentuan Ilahi..berilah peluang kepada diri sdiri mencari ruang untuk happy bersama family..dekatkan diri kepada yg Maha Memberi. buka ruang untuk diri sendiri menyayangi org lain.baru lah happy.x gitu kan? senyum selalu k..;)

Thursday, February 3, 2011

Nak Muntah!!!!

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
"Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”
ahaha...sian dier..

Assalamualaikum.....n hello

ok2.
terima kasih kepada semua,ini adalah entry yg pertama setelah sekian lama x berbloging...;)
masih igt kisah bunga?kisah lawak tentang motor?tentang roomate psycho?hahaha
semoga semua yg membaca dapat dekat dgn abg power...

sebenarnye nama abg power ni di ilhamkan oleh rakan sebilik abg ketika di semester 4 tahun pertama dalam pengajian ijazah ni.....so,x perlu cerita lebih lanjut,,,semoga terhibur dgn entry2 abg power yer..