Monday, May 16, 2011

Cuti


Sekarang ni abg power sedang cuti 4 bulan. Oleh kerana Atok tinggal seorang di rumahnya, so x dapat lah abg power kerja masa cuti sem ni. Bekorban lah sikit.
Rutin harian Abg Power:

5.30 pagi: bangun pagi, mandi, sembahyang, kemas mana2 yang patut, siapkan makanan atok, buat air tea o untuk atok, siapkan bekal atok untuk balik rumah.

7.30 pagi: atok pergi ke kubur arwah, abah pergi kerja, mak pergi sekolah, azri pergi sekolah, Abg Power sambung kemas rumah.

9.30 pagi: pergi pasar (jika perlu.tapi buat masa ni banyak tolong Syakirah buat persiapan nak masuk UiTM), sidai baju, sapu sampah, siapkan dan bagi makan kat kucing dekat rumah atok.

12.30 tengah hari: Beli lauk, masak nasi, basuh pinggan, siapkan makan tengah hari untuk atok.

1.30 petang: pergi rumah atok hantar makanan untuk tengah hari, (di rumah atok, siapkan tempat makan, kemas sikit2, balik.

3.30 petang: tengok tv

4.30 petang: pergi rumah atok, mesti buat Teh Panas untuk atok,(guna cawan arwah wan) sebab atok suka pakai cawan tu. beli kuih sebelum tu, supaya ada minum petang. tunggu atok siapkan beg baju, ubat-ubatan, dsb. ambil semua barang2 atok untuk bawak balik.

6.00 petang: atok datang rumah,

7.30 malam: maghrib,

9.00 malam: selepas isyak, makan bersama atok.

selepas makan barulah ringan sikit kepala, sebab dah xde keje.xde ape lg nak fikir.lega..habis rutin hari ini. esok bakal menyusul perkara yang sama..zzzzzzzzzz

No comments:

Post a Comment